Friday, November 13, 2009

HUBUNGAN ANTARA 3P DENGAN RAJAH PERTUTURAN

BANDINGKAN HUBUNGAN ANTARA 3P DENGAN RAJAH PERTUTURAN

We usually take for granted our ability to produce and understand speech and give little throught to its nature and functions,just as we not particularly aware of the action of our hearts, brains, or other assential organs.
(Peter Denes and Elliot Pinson 1993: 1, The Speech Chain)

Secara umumnya, apabila kita mendengar orang lain bercakap atau bertutur, menggunakan kata-kata yang kita fahami, kita dengan mudah memahami perkara yang diperkatakan. Kenapa? Bagaimana jika yang bertutur itu menggunakan bahasa yang tidak kita fahami? Perkara sebaliknya mungkin akan berlaku. Selaras dengan pendapat Peter Denes dan Elliot(1993) di atas, tanpa disedari bahawa proses pertuturan melibatkan suatu proses yang kompleks.

Secara umumnya, rantaian pertuturan adalah suatu proses tingkah laku yang melibatkan secara mudahnya pihak penutur dan pendengar untuk berkomunikasi melibatkan 3P, iaitu persepsi percakapan, pemahaman percakapan dan penghasilan percakapan.

Dalam Kamus Dewan (2006) menyatakan bahawa persepsi ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu, pandangan dan tanggapan. Manakala pemahaman pula perihal memahami, apa yang difahami atau sejauh mana sesuatu itu difahami. Penghasilan merujuk kepada perihal menghasil dan mengeluarkan sesuatu. Percakapan atau pertuturan dalam Kamus Linguistik (1997: 189) ialah proses atau hasil pengeluaran bunyi bermakna yang berkontinum dalam sesuatu bahasa.

Apabila seseorang penutur ingin menyatakan sesuatu kepada pendengar, sebenarnya melibatkan suatu proses yang komplek melibatkan 3P iaitu persepsi percakapan, pemahaman percakapan dan penghasilan percakapan. Proses ini dikenali sebagai rantaian pertuturan. Dalam rantaian pertuturan ini melibatkan tahap linguistik penutur, tahap psikologikal, tahap akustik, tahap psikologikal dan tahap linguistik pendengar yang berturutan atau berantaian seperti dalam rajah di bawah;


(from Denes & Pinson, 1993)
Tingkahlaku untuk menyatakan sesuatu ketika memulakan pertuturan untuk berkomunikasi bermula di dalam otak penutur. Tahap ini merupakan tahap linguistik dalam otak sebelum bertutur. Dalam otak penutur secara semulajadinya terdapat keupayaan untuk berbahasa (Teori LAD language Acquasition Device, Noam Chomsky, 1965). Dalam otak penutur (linguistic level) ketika hendak menghasilkan ujaran, kata-kata dibentuk daripada fonem-fonem yang sesuai sehingga membentuk kata atau kata-kata atau frasa yang bermakna. Kata atau frasa dipilih dan dibentuk sesuai dan selaras dengan pengetahuan bahasanya dan tatabahasa sejagat yang ada dalam otak penutur. Secara umumnya penutur akan memilih kata-kata dan binaan frasa dalam bahasa yang diketahui yang memudahkannya untuk melahirkan sesuatu perkara atau mesej dan mempertimbangkan pula bahawa fonem-fonem membentuk kata dan frasa yang dipilih dapat menggambarkan suatu kesatuan makna yang ingin diujarkan. Tahap ini menggambarkan bahawa proses-proses yang berlaku dalam otak penutur adalah merupakan suatu proses persepsi percakapan.

Menurut Wikipedia, the free encyclopedia;
Speech perception refers to the processes by which humans are able to interpret and understand the sounds used in language. The study of speech erception is closely linked to the fields of phonetics and phonology in linguistic and cognitive psychology and perception in psychology.

Kata atau frasa yang telah dipilih dan dibentuk menepati sintaksis dalam bahasa penutur untuk menggambarkan mesej atau perkara yang ingin diujarkan membentuk ransangan dalam otak. Ransangan ini merupakan gelombang-gelombang isyarat di dalam otak yang meransang bahagian otak yang berhubung dengan otot-otot yang mengawal alat-alat atau daerah artikulasi. Bahagian otak yang berhubung dengan pengawalan pergerakan otot-otot menyalurkan arahan yang berpola dalam bentuk impuls saraf. Ransangan-ransangan itu melalui saraf-saraf motor yang mempengaruhi alat-alat artikulasi untuk menerbitkan bunyi-bunyi konsonan dan vokal. Bunyi-bunyi fonem yang terbina dalam ayat terhasil oleh alat-alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir, mulut dan sebagainya. Akibat pergerakan udara yang melalui melalui alat artikulasi dan daerah yang berlainan membentuk bunyi-bunyi konsonan dan vokal. Tahap ini dikenali sebagai tahap psikologikal. Proses-proses pada tahap psikologikal yang berlaku ini dianggap penghasilan percakapan oleh penutur.
Pergerakan alat-alat pertuturan menghasilkan gelombang-gelombang bunyi. Menurut Ambercrombie (1967:24);
Speech may be said to consist of movements made audible. An air-stream or moving current of air, provided by the action of some of the organs of speech, makes audible the movements of the other organs. An air-stream, as far as we know, is the basis of the whole of sound, in all its variety, of human speech. An air-stream is produced by an air-stream mechanism.

Pergerakan alat-alat artikulasi ini menghasilkan suatu gelombang bunyi pertuturan yang bergerak melalui udara persekitaran penutur dan pendengar. Perubahan tekanan udara ini berlaku akibat gelombang-gelombang bunyi yang dikeluarkan oleh manusia ditransmisikan ke telinga pendengar melalui gelombang udara. Pada saat suatu bunyi dikeluarkan, udara bergetar. Gelombang udara yang membawa bunyi ini bergerak dari mulut penutur ke arah telinga pendengar. Dengan mekanisme yang ada pada telinga, manusia menerima bunyi ini. Proses yang berlaku ini merupakan gelombang akustik. Proses ini berlaku di tahap psikologikal pendengar. Menurut Peter Denes dan Elliot Pinson dalam bukunya “The Speech Chain” (1993: 3);
The nerve impulses set vocal muscles into movements which, in turn, produce minute changes a sound waves. Sound waves are often called acoustic waves, because coustics is the branch of physics concerned with sound.”

Perubahan tekanan udara persekitaran telinga pendengar memberi kesan terhadap saraf-saraf deria pendengar. Perubahan tekanan udara di bahagian telinga pendengar mengaktifkan mekanisme pendengaran pendengar dan menghasilkan ransangan yang bergerak melalui saraf-saraf telinga ke otak pendengar. Namun, masalah yang dihadapi oleh pendengar pada peringkat ini adalah bahawa pendengar perlu mengadunkan bunyi-bunyi yang didengarnya itu sehingga bunyi-bunyi itu membentuk perkataan yang bermakna dan sesuai dengan konteks. Untuk penutur asli, atau penutur yang sudah fasih dalam bahasa tersebut, proses seperti ini tidak dirasakan, dan datang begitu saja secara naluri dan mengikut tatabahasa yang sedia ada dalam otak pendengar. Inilah yang dikatakan tahap pemahaman percakapan. Tampak bahawa proses menangkap sesuatu ujaran itu bukanlah mudah. Pendengar harus bermula dengan proses bagaimana pendengar mencerna bunyi-bunyi itu sebelum dapat memahaminya sebagai ujaran. Di tahap linguistik pendengar ini, membawa pengenalpastian dalam mesej penutur. Mesej dapat ditafsir melalui kaedah memanfaatkan bunyi-bunyi yang diucapkan oleh penutur untuk membina tafsiran mesej berdasarkan peraturan bahasa yang ada di dalam otak pendengar. Pendengar menterjemah bunyi yang didengar berdasarkan pengetahuan bahasa pendengar. Penafsiran ini memberikan gambaran yang ingin disampaikan oleh penutur.

Penafsiran yang dilakukan oleh pendengar menyebabkan pendengar membentuk isyarat-isyarat makna di dalam otaknya. Makna-makna yang terbentuk di dalam otaknya meransang saraf-saraf yang mengawal alat-alat artikulasinya. Pada tahap ini proses yang berlaku pada penutur tadi berlaku pula kepada pendengar untuk memberi maklumbalas.
At the listener’s end of the chain, the process is reversed. Events start on the physical level, when the incoming sound wave activates the hearing mechanism. They continue on the physicalogical level with neutral activity in the hearing and perceptual mechanisms. The speech chain is completed on the linguistic level when the listener recognizes the words an sentences transmitted by the speaker.
(Peter Denes and Elliot Pinson 1993: 7)

Pada tahap penghasilan percakapan pendengar ini membentuk sebuah rantai peristiwa bermakna yang menghubungkan otak penutur dan pendengar. Rantaian inilah yang dipanggil rantai pertuturan yang melibatkan persepsi percakapan, pemahaman percakapan dan penghasilan percakapan.

Apa yang dituturkan oleh pendengar tentang perkara atau mesej yang ingin disampaikan oleh penutur adalah sama atau sebaliknya dengan gambaran atau mesej yang ada di otak penutur telah berlaku proses maklumbalas. Proses ini mewujudkan suatu rantaian pertuturan.

No comments:

Post a Comment